Bidalan
1 Bidalan ialah peribahasa yang mengandungi
nasihat dan pengajaran yang bernas.
2 Contoh
bidalan:
Bidalan
|
Maksud
|
Ada udang di sebalik batu
|
Mempunyai maksud yang tersembunyi
di sebalik sesuatu perbuatan
|
Alah bisa tegal biasa
|
Jikalau sudah biasa, segala
kesusahan tidak akan terasa lagi
|
Air dicincang tiada putus
|
Pertelingkahan antara
adik-beradik tidak akan lama
|
Belakang parang kalau diasah
lagikan tajam
|
Orang yang bodoh jika belajar
akan pandai juga
|
Belum duduk sudah berlunjur
|
Membuat sesuatu kerja sebelum
tiba masanya
|
Biar lambat asal selamat
|
Membuat sesuatu pekerjaan biarlah
dengan teliti dan cermat
|
Cencaru makan petang
|
Mendapat kemenangan pada
saat-saat akhir
|
Gengam bara api biar sampai jadi
arang
|
Melakukan sesuatu perkara yang
susah mestilah bersabar
|
Hujan jatuh ke pasir
|
Perbuatan yang tidak bermakna
|
Indah khabar daripada rupa
|
Perkhabaran yang ditokok tambah
daripada keadaan asalnya
|
Lempar batu sembunyi tangan
|
Pura-pura tidak mengetahui
kesalahan yang dilakukan
|
Marahkan nyamuk kelambu dibakar
|
Tindakan terburu-buru yang hanya merugikan diri sendiri
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
Penyesalan yang sudah tidak
bermakna lagi
|
Sediakan payung sebelum hujan
|
Bersedia sebelum sesuatu perkara
yang buruk berlaku
|
Sudah terhantuk baru terngadah
|
Sesudah mendapat kesusahan baru
beringat-ingat
|
Tiada beban batu digalas
|
Sengaja mencari sesuatu yang
menyusahkan diri sendiri
|
3 Ayat Contoh:
a)
Setelah
tiga tahun tinggal di pedalaman, segala kesulitan tidak terasa lagi bak kata
bidalan, alah bisa tegal biasa.
b) Kawasan rekreasi itu tidak secantik
seperti yang diceritakan oleh Hanim, sebaliknya hanya indah khabar daripada rupa.
c)
“Usahlah
kamu menyesal kerana nasi sudah menjadi
bubur,” kata ayah kepada kakak.
Terbaik tq
ReplyDeleteTq
ReplyDelete