PERIBAHASA
PRAKTIS BESTARI
Soalan 1- 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
1
Abang Imran bersyukur kerana mendapat __________ setelah diumumkan
sebagai pemenang utama cabutan bertuah anjuran syarikat tersebut.
A durian runtuh C duit kopi
B wang saku D gaji buta
2
Walaupun sudah berusia 60 tahun, datuk saya masih ______________.
A tajam akal C tajam lidah
B tajam mulut D tajam ingatan
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3
Pada setiap petang, Kamala _________ di tepi pantai yang indah itu.
A ambil hati C ambil berat
B ambil angin D ambil masa
4
Encik Jalil _________ kerana jasanya dihargai oleh penduduk kampung
A gelap hati C gelap mata
B besar hati D besar kepala
5
Kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah supaya mereka tidak _________.
A buta hati C buta huruf
B buta perut D buta warna
6
Azfar dn rakan-rakannya berasa gembira kerana menerima ________ daripada
Pak Akob setelah mereka membersihkan dusunnya.
A wang kopi
B wang muka
C wang hangat
D wang belanja
7
Maria berasa sangat sedih apabila mengetahui bahawa dia hanya _______
Puan Rosnah.
A saudara anjing
B anak kandung
C anak angkat
D anak emas
8
“ Anak-anakku, kita terpaksa _______ pada malam ini kerana ibu tiada
wang untuk membeli makanan” kata Mak Temah kepada anak-anaknya dengan sayu.
A alas perut
B ikat perut
C makan hati
D makan garam
9
Para penyokong Pasukan Merah membantah tindakan pengadil yang _______
itu.
A batu api C berat sebelah
B angkat kaki D banyak mulut
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10 Mereka sedang _______ untuk menyelesaikan
masalah itu.
A cari akal C masuk campur
B ambil berat D berpeluk tubuh
11 Puan Maimon sedia maklum akan keakraban
hubungan kedua-dua orang anak kembarnya yang _______ sehingga sukar untuk
dipisahkan.
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C bagai hempedu lekat di hati
D bagai kunyit dengan kapur
12 Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan
akan menjadi senang kerana _________.
A alah bisa, tegal biasa
B alah sabung menang sorak
C alah jadi abu, menang jadi
arang
D alah membeli, menang memakai
13 Jangan sesekali memburukkan nama keluarga
kepada orang lain kerana _______.
A anjing menyalak bukit, bukit
tidak akan runtuh
B menepuk air di dulang,
terpercik ke muka sendiri
C terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya
D cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar
14 Pergaduhan antara kedua-dua orang
adik-beradik itu tidak akan berpanjangan kerana ________.
A air digenggam tiada tiris
B air beriak tanda tak dalam
C air dicincang tidak akan putus
D air yang tenang jangan disangka
tiada buaya
15 Seseorang yang bodoh akan menjadi pandai
jika selalu diajar kerana _______.
A biar lambat asalkan selamat
B tiada rotan akar pun berguna
C bumi mana tidak ditimpa hujan
D belakang parang diasah lagikan
tajam
16 Nasib Zairul dan adiknya _______ selepas
kematian ibu bapa mereka.
A seperti batu jatuh ke lubuk
B seperti embun di hujung rumput
C seperti anak ayam kehilangan
ibu
D seperti katak di bawah
tempurung
17 Sikap menabung perlu disemai dalam diri
anak-anak sejak mereka masih kecil agar mereka tidak melakukan pembaziran.
Pilih bidalan yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A Genggam bara
api biar sampai jadi arang
B Marahkan
nyamuk kelambu dibakar
C Melentur
buluh biarlah dari rebung
D Sediakan payung
sebelum hujan
18 Fadli dan rakan-rakannya saling membantu
untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang telah
ditentukan. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas adalah
A bagai isi dengan kuku
B bagai aur dengan tebing
C seperti tikus jatuh ke beras
D seperti cincin dengan permata
19 Hasmuni ditinggalkan oleh kawan-kawannya
kerana dia berjalan lambat sekali. Bandingan semacam yang sesuai untuk
pernyataan di atas adalah
A pantas macam kilat
B lurus macam bendul
C angkuh macam merak
D lambat macam kura-kura
20 Kita mesti berhati-hati dengan orang yang
cuba berbaik-baik dengan kita secara tiba-tiba kerana mungkin dia mempunyai tujuan
yang tertentu.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada air adalah ikan
B ada udang di sebalik batu
C nasi sudah menjadi bubur
D patah tumbuh hilang berganti
21 Sidik dan abangnya pandai bermain bola
seperti bapa mereka yang pernah mewakili negeri dalam pertandingan bola sepak.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat
B bagaimana acuan, begitulah
kuihnya
C besar periuk, besarlah keraknya
D ada gula adalah semut
22 Khuzairi dijaga dengan sepenuh kasih sayang
oleh Mak Cik Leha dan suaminya kerana dialah satu-satunya anak mereka.
Perumpamaan yang
sesuai untuk pernyataan di atas adalah
A seperti api dalam sekam
B umpama isi dengan kuku
C laksana bulan dipagar bintang
D bagai menatang minyak yang
penuh.
No comments:
Post a Comment