Pepatah
1 Pepatah ialah peribahasa yang berangkap.
2 Pengulangan
kata dalam rangkap pepatah adalah untuk penegasan unsur-unsur pengajaran
yang hendak disampaikan.
yang hendak disampaikan.
3 Contoh
pepatah :
Pepatah
|
Maksud
|
Ada
gula adalah semut
|
Tempat
yang banyak rezeki akan menjadi tumpuan ramai
|
Ada
padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
|
Orang
yang berada senang untuk mencapai apa-apa sahaja hajatnya
|
Anak
di pangku dilepaskan, beruk di rimba di susukan
|
Mengabaikan
urusan sendiri tetapi mementingkan urusan orang lain
|
Anjing
menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh
|
Orang
biasa yang memarahi orang yang berkuasa tidak akan mendatangkan apa-apa kesan
|
Bagaimana
acuan, begitulah kuihnya
|
Seseorang
anak yang mempunyai tingkah laku atau kepandaian yang sama dengan ibu bapanya
|
Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
|
Bekerjasama
dan tolong-menolong dalam segala hal
|
Besar
periuk, besarlah keraknya
|
Banyak
pendapatan, banyak pula belanjanya.
|
Berapa
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
|
Walaupun
susah melihat orang yang menanggung beban, kesusahan lebih dirasai oleh orang
yang menanggungnya.
|
Cakap
siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
|
Hendaklah
berhati-hati apabila berkata-kata tentang sesuatu rahsia
|
Diam-diam
ubi berisi, diam-diam besi berkarat
|
Orang
yang pandai, diamnya berfikir tetapi diam orang yang bodoh tidak ada
faedahnya.
|
Hidup
segan mati tidak mahu
|
Hidup
yang melarat kerana kemiskinan
|
Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis
|
Berhati-hati
dan berjimat sebelum harta benda kita habis.
|
Kecil
tapak tangan, nyiru ditadahkan
|
Sanggup
menerima dengan tangan terbuka.
|
Lain
di mulut, lain di hati
|
Kata-kata
yang tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran.
|
Mengata
dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
|
Menegur
keburukan oarng lain walhal keburukan diri sendiri tidak disedari.
|
Patah
tumbuh hilang berganti
|
Sesuatu
yang hilang pasti akan berganti
|
Raja
adil raja disembah, raja zalim raja disanggah
|
Raja
yang adil akan disayangi, raja yang zalim akan dibenci oleh rakyat.
|
Segan bertanya
sesat jalan
|
Orang yang
tidak mahu bertanya akan menghadapi kesusahan
|
Sekali jalan
terkena, dua kali jalan tahu
|
Setelah tertipu
sekali, akan berhati-hati pada waktu lain
|
Sesat di
hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
|
Sedar dan
insaf setelah melakukan kesilapan agar tidak terpesong jauh
|
Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
|
Perkataan yang
telah diucapkan tidak boleh ditarik balik
|
Untung sabut
timbul, untung batu tenggelam
|
Andai bernasib
baik, akan mendapat untung tetapi akan mengalami kerugian jika bernasib
malang
|
Yang dikejar
tidak dapat, yang dikendong keciciran.
|
Mahukan
keuntungan yang lebih besar, yang ada turut hilang
|
4 Ayat
contoh :
a)
Kuala Lumpur yang pesat membangun
mempunyai penduduk yang ramai bak kata pepatah, ada gula adalah semut.
b)
Perangai Suguna mirip perangai
emaknya kerana bagaimana acuan,
begitulah kuihnya.
c)
Kita hendaklah sentiasa berjimat
dan mengamalkan pepatah, ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis.
No comments:
Post a Comment