1 Bandingan semacam merupakan bahasa
kiasan yang menunjukkan keadaan, sifat seseorang atau benda
secara perbandingan.
2 Ungkapan bandingan semacam digunakan
bersama-sama, iaitu bagai, laksana, macam dan
seperti.
3 Contoh bandingan semacam:
Adil macam hakim
|
Nipis bagai kertas
|
Berat macam batu
|
Pantas bagai kilat
|
Cepat macam kilat
|
Rajin bagai semut
|
Degil bagai keldai
|
Riuh bagai pasar
|
Gelap macam malam
|
Sabar bagai nabi
|
Hitam seperti arang
|
Sejuk laksana mayat
|
Jahat seperti hantu
|
Takut laksana tikus
|
Keras seperti batu
|
Tinggi laksana galah
|
Licin seperti belut
|
Wangi laksana bunga
|
Manis seperti gula
|
Zalim laksana Firaun
|
4 Ayat contoh:
(a) Dia dihormati oleh penduduk kampung kerana
sikapnya yang adil macam hakim.
(b) Kakak berasa geram kerana dia terbeli kuih
yang keras seperti batu.
(c) Kejadian ragut itu berlaku dengan pantas
bagai kilat.
No comments:
Post a Comment